Belang BertempatKecekNasionalPolitik

Slogan ‘Kerajaan Gagal’ Lari Ke Bangkok Ikut Sajjad? Kini Hilang Segala Komennya Di Medsos!

Ternyata slogan ‘kerajaan gagal’ cuma dakyah politik yang dilaungkan oleh golongan pembenci kerajaan dan berangggapan setiap usaha yang dibuat itu adalah sia-sia.

Mereka berpendapat untuk mencipta jambatan, tidak memerlukan kajian, tidak mengukur kedalaman air atau tidak memilih tiang manakah yang terbaik.

Ada yang beranggapan sebut sahaja nak ada sebuah jambatan, ia boleh muncul secara tiba-tiba dan jelaslah bahawa anggapan sedemikian adalah sesuatu yang mustahil.

Sama juga kisahnya seperti merencanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN), ia takkan mendatangkan hasil yang diharapkan dalam tempoh 24 jam mahu pun seminggu.

Sumber Foto: Kosmo!

Ada gerak kerja yang perlu dilaksanakan seperti proses vaksinasi, membenarkan sektor ekonomi tertentu beroperasi dan sedaya upaya mengawal wabak COVID-19.

Jangan bandingkan usaha kerajaan Malaysia dengan negara lain kerana realitinya tiada sesiapa pun yang tahu. Apakah kita jadi rakyat yang teliti atau mudah mempercayai?

Jika kita menjadi rakyat yang teliti, sudah tentu kita faham dan tahu bahawa negara lain mencemburi Malaysia kerana kepantasan proses vaksinasi kelompoknya.

Seperti yang dijangka apabila lebih 80 peratus golongan dewasa lengkap divaksinasi, gaya hidup norma baharu kembali dilonggarkan demi kesejahteraan rakyat.

Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perancangan PPN sedang berada di landasannya dan September 2021 telah menyaksikan kejayaannya.

Tunggu sahaja pada Oktober 2021 nanti, pastinya COVID-19 boleh diterima sebagai endemik yang tak ubah seperti penyakit demam denggi dan sebagainya.

Sebagai rakyat, kita harus percaya dan yakin kepada Allah SWT untuk mengangkat segala wabak ini daripada bumi Malaysia kerana ini adalah salah satu tanda peringatannya.

Bukannya mendepani politik dan mengambil peluang untuk terus melakukan amalan yang ditegah Islam kerana tidak bersependapat lalu memburukkan lawan sehingga susah satu negara.

Kita perlu lihat lebih jauh kerana PPN memberi peluang kerajaan untuk membantu rakyatnya dalam pelbagai aspek termasuklah menurunkan kes COVID-19 dan memulihkan semula sektor ekonomi.

Lagi pun apakah kerajaan sedia ada tidak begitu cukup menyantuni rakyat? Usah terlalu termakan dengan dakyah politik golongan pembenci kerajaan.

Rakyat lebih pandai menilai dan kalau diamati, komen-komen yang menulis slogan ‘kerajaan gagal’ suatu masa dahulu banyak datangnya daripada akaun palsu.

Usah rendahkan mentaliti, jati diri, dan keimanan kita untuk mempercayai apa yang ditulis oleh pemilik akaun palsu ini. Sampai masa mereka hilang dan bersembunyi.

Mungkin kini jari pemilik akaun palsu ini sudah sampai di Bangkok, Thailand, naik satu gerabak dengan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang cuba melarikan diri!

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button