Skil menggagau yang semakin dilupakan
PASTI ramai pening melihat bagaimana seorang boleh menangkap ikan di tengah-tengah parit dengan tangan kosong.
Itulah skil yang semakin dilupakan. Menggagau ikan atau mat saleh cakap hand fishing.
Ada beberapa kaedah menggagau ada yang menggagau di lubuk atau rumput tebal.
Skil yang semakin kurang diketahui ialah dengan membuat tapak di dalam air.
Cuaca panas menyebabkan ikan masuk ke dalam tapak kaki, dan ketika inilah ikan dicekup dengan tangan kosong.
Tapi perlu berhati-hati terutama jika ikan keli yang masuk ke dalam tapak.
Kalau terpijak alamat ke hospitallah. Masa menangkap ikan keli juga perlu berhati-hati jangan terkena sengat.
Rakan Facebook Malik Hasnah membuat hantaran sekumpulan penduduk Kampong Parit Tok Ngah Darat di Parit Buntar, Perak yang menjalankan aktiviti sambilan mengagau ikan dalam parit di kampung berkenaan mengisi masa lapang selepas menuai padi.
Menggunakan pam air agak cepat kering dalam parit tersebut. Mengagau dimula sama sama turun dalam parit yang berselut tidak jadi masalah sudah biasa sebagai orang bendang.Sekali sekala mengagau seronok kalau dulu macam pesta kampong kini tinggal kenangan.Ikan darat haruan sepat keli puyu sudah pupus akibat beberapa faktor menggagau ikan juga kena semangat kental mengharungi selut untuk bergerak ke sana sini mengagau ikan mengunakkan tangan atau penyauk ikan. Ikan darat seperti haruan keli kampung puyu sepat tumpuan utama di dalam parit .
Setakat mana yang dapat itu rezeki kami dibahagi bersama dijadikan lauk untuk makan seisi keluarga.
Ikan masih hidup lagi boleh dimasak berbagai jenis masakan buat ikan bakar dulu ikan banyak orang kampung buat wadi pekasam ikan dipopular dikalangan masyarakat banjar di Kerian sedikit masa lalu kini berkurangan. Berbaloi mengagau kali ini boleh dikatakan tiap tahun aktiviti begitu dijalankan.
Foto kredit Razif Ptn