Sidang Parlimen: Hanya ahli parlimen, penjawat awam, media dibenarkan hadir
HANYA ahli parlimen (MP) petugas media dan penjawat awam dibenarkan hadir ke Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos ini.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di dalam bangunan Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 25 hari. Manakala Persidangan Dewan Negara pula akan bersidang dari 2 September sehingga 23 September selama 11 hari.
Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah meluluskan Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang mengambil kira norma baharu dalam memerangi pandemik Covid-19.
“Antara SOP yang dipersetujui adalah pemakaian pelitup muka, penyediaan hand sanitizer serta jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan Parlimen berjalan.
“Semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani
proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.-SM