Siapa yang meroyan apabila kerajaan umum penghapusan subsidi diesel dan menurunkan harga telur 3 sen ?
JIKA dilihat di media sosial, majoriti rakyat Malaysia sangat tidak gembira dengan dasar kerajaan pada dewasa ini.
Siapakah mereka ini? Dan kenapa mereka meroyan?
Mereka ialah golongan M40, atau golongan berpendapatan pertengahan. Dan golongan menengah ini adalah majoriti penduduk negara ini.
Punca golongan menengah meroyan adalah kerana mereka golongan paling terkesan atas dasar kerajaan.
Mereka merupakan golongan yang banyak membayar cukai kerana bekerja atau makan gaji dengan cukai dipotong secara berjadual oleh majikan.
Sementara golongan B40 memang tidak layak membayar cukai, pada masa yang sama golongan T20 bukan sahaja tidak berasa sangat kesan dasar kerajaan dewasa ini dan mereka bijak mengelak cukai.
Golongan B40 memang sejak sekian lama sentiasa hemat berbelanja untuk meneruskan kehidupan, manakala M40 sering berbelanja tanpa berfikir panjang demi mengekalkan gaya hidup masakini.
Golongan ini ibarat bom jangka, apatah lagi apa jua bantuan kerajaan juga tidak sampai kepada mereka kerana tidak layak.
Golongan tidak berapa kaya ini jika tidak bijak menguruskan kewangan tanpa mereka sedari sudah jatuh kepada golongan B40.
Oleh itu kerajaan perlu lebih bijak menangani golongan ini kerana jika dibiarkan berpanjangan tertekan, mereka akan mudah terhasut untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan.
Dengan informasi yang mudah diperolehi, kerajaan tidak boleh memperbodohkan majoriti rakyat dengan alasan dangkal.
Kerajaan yang gagal di dunia ini adalah kerajaan yang mencari gaduh dengan pertengahan ini dan setakat ini sudah kerajaan tumbang kerana faktor berkenaan.