Nasional

Siapa berbohong?

Yusoff Rawther selesai menjalani ujian poligraf selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Kini terpulang kepada polis untuk mendedahkan selebihnya.

Jika Yusoff bercakap benar bahawa dia diserang secarang seksual songsang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi terang sekalilah siapa yang berbohong dalam kes ini.

Jika Yusoff gagal ujian berkenaan juga ini sekaligus akan membersihkan nama Anwar yang berkali-kali dituduh dan didakwa dengan kes yang sama.

Anwar sebelum ini enggan bersumpah menafikan terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu termasuk beredar video lelaki mirip beliau melakukan hubungan badan.

Anwar telah mendapat pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dibebaskan daripada sebarang kesalahan yang lalu dan kali ini peluang untuk beliau membersihkan namanya.

Kes Yusoff ini penting untuk memastikan beliau benar-benar bersih dan layak untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun melihatkan peguam yang mengambil kes Yusoff adalah Hanif Khatri Abdullah ia tidak dapat dielak daripada persepsi satu lagi cubaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Melainkanlah jika rakyat negara ini sudah tidak kisah tentang masalah moral ataupun korup untuk menjadi perdana menteri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button