Sia sia je pahala lepas Isyak lepak Mamak tanpa tujuan
SUDAH menjadi kebiasaan orang kita berkumpul dan ‘melepak’ selepas waktu Isyak yang sering dijadikan tabiat.
Di restoran mamak malah di warung-warung sekitar kampung pun akan penuh dengan orang melepak sehingga tengah malam.
Ternyata Rasulullah SAW sendiri melarang untuk kita sering berkumpul dan bersembang selepas waktu Isyak..
Terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi perintah dan larangan Allah SWT dalam Al-Quran dan peringatan Nabi SAW, dalam hadis-hadis sahih. Antaranya, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ
Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir – Riwayat Al-Tirmizi.
Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata:
Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam”– lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).
Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir. Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’- Riwayat Ibn Majah.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat. Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:
Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua- Riwayat Al-Tirmizi
Malah, ini sebenarnya juga cara halus Allah nak kita sentiasa sihat supaya kita dapat tidur awal dan rawat hati (liver) kita yang dah bekerja seharian. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:
لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ
Maksudnya: “Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.”- Hadith Riwayat Al-Tirmizi.
Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut). Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus.