Hiburan

Sham Amir Hussain meninggal dunia

NAMA Sham Amir Hussain amat sinonim dengan industri hiburan tanah air khususnya seni suara dan hari ini, dalam sejam yang lalu, perkhabaran duka dikongsi oleh isteri beliau menerusi media sosial Facebook memaklumkan bahawa Sham Amir telah pulang ke rahmatullah.

KENANGAN terakhir semasa wartawan Suara Merdeka hadir pada sidang akhbar Konsert Solo Noraniza Idris, bertemu dengan Allahyarham Sham Amir Hussain di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tanpa menjelaskan apakah punca kematian Sham Amir atau nama sebenarnya, Shamsuddin Amir Hussain, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Keningau, Sabah.

Sewaktu hayatnya, Sham Amir menjawat jawatan sebagai Pengurus Artis dan Repertoire dan banyak membantu mereka yang ingin menjadi artis syarikat rakaman.

Terakhir, Sham Amir berkhidmat dengan syarikat Luncai Emas milik Datuk M. Nasir. Industri hiburan hilang satu nama besar dan akan dirindui oleh para sahabat dan artis-artis yang pernah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar beliau.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Sham Amir Hussain daripada SUARA MERDEKA.

Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh allhyarham. – SM

BACA Kos produksi Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya RM3 juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button