Nasional

Setiausaha Agung Komanwel adakan kunjungan hormat ke atas Dr Wan Azizah

SETIAUSAHA Agung Komanwel Patricia Scotland hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini dan membincangkan inisiatif dan kerjasama Komanwel antara Malaysia dan kumpulan itu.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat 40 minit itu adalah mengenai perubahan iklim, keganasan rumah tangga, rasuah dan perkongsian data dalam kalangan negara-negara Komanwel.

Scotland dalam rangka lawatan kerja selama tujuh hari ke Malaysia mulai Ahad hingga 15 Feb atas undangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Scotland adalah Setiausaha Agung Komanwel keenam dan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

Komanwel adalah kumpulan sukarela yang terdiri daripada 54 negara termasuk Malaysia dan dihuni 2.4 bilion orang. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button