Nasional
Serangan terhadap wartawan tidak boleh diterima sama sekali – Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengecam apa yang disifatkan beliau sebagai serangan berbaur perkauman terhadap seorang wartawan portal berita Malaysiakini dalam laman sosial.
“Sebarang ugutan atau serangan terhadap wartawan yang bertugas tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebook dan Twitter hari ini.
Wartawan itu dilaporkan menjadi sasaran di Facebook berhubung berita yang ditulisnya berkenaan kenyataan Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pembalakan di Kelantan.
— BERNAMA