Jenayah

Sembilan laporan polis terhadap Anwar, Zahid

Sebanyak sembilan laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung rampasan kuasa yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan polis itu Zahid selaku Presiden UMNO mahukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya campur tangan proses kehakiman supaya kes-kes mahkamah membabitkan para pemimpin UMNO ditarik balik.

Pada masa yang sama laporan itu juga mendakwa Anwar telah menyebabkan kegusaran awam setelah beberapa kali menyatakan mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Sembilan laporan polis itu antaranya di Nibong Tebang, Muar dan Kuala Nerus.

Related Articles

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button