Sukan

Selangor mula dengan bergaya tewaskan Sri Pahang 3-1

MENJADIKAN Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai gelanggang, Selangor FC memulakan kempen Liga Super dengan cemerlang apabila menewaskan Sri Pahang 3-1.

Hujan lebat bagaimanapun telah menjejaskan persembahahan sebenar kedua-dua pasukan namun tuan rumah menguasai permainan termasuk melancarkan beberapa berbahaya.

Gol pertama Selangor FC hasil rembatan cantik pemain import dari Switzerland, Oliver Buff pada minit terakhir separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Shahrel Fikri memcatata nama sebagai penjaring melalui tandukan pada minit ke-54.

Pahang cuba bangun untuk merapat jurang gol melalui sepakan percuma pada minit 69 yang disempurnakan Nor Azam Azih.

Jaringan itu kelihatan menyuntik semangat Pahang untuk mendapatkan gol penyamaan dan mereka nyaris berbuat demikian hasil tandukan Herold Goulon pada minit ke-80 tapi dinafikan di selematkn penjaga gol Selangor.

Namun, Buff memastikan Selangor menamatkan perlawanan pertama dengan bergaya apabila menjaringkan  gol kedua peribadinya apabila memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti Pahang.

Buff merembak kencang untuk memastikan tiga mata pertama milik Selangor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button