Politik

Selamatkan UMNO: Perlu bertindak sebelum jadi abu

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berterusan menzahirkan pandangan beliau tentang UMNO yang sedang dilanda pelbagai penyakit hari ini.

Semalam, Isham menyatakan pendiriannya menyokong Pemuda UMNO untuk membuat perhimpunan khas.

Katanya, kita perlu berterus terang pada diri sendiri dan berani membuat perubahan di saat getir ini.

“Jika tidak, parti kita akan hancur sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya.

Hari ini, beliau melihat, jika tiada perubahan dalam UMNO dan jika kekal sedia ada dan seperti biasa, itu membuatkan lawan dan Perikatan Nasional (PN) lebih suka dan bertepuk tangan.

“Sebab dengan ini lebih senang untuk mereka menewaskan dan menguburkan kita dalam PRU16 nanti.

“Ini peluang terakhir untuk kita bertindak sebelum kita menjadi abu. Kita perlu sedar,” katanya dalam catatan menerusi Facebook. – SM

BACA Surat terbuka Isham Jalil kepada Ketua Hakim Negara

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button