Politik

Selalu namanya disebut di Tanjung Piai, Najib akhirnya minta maaf

KUALA LUMPUR – Nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat popular di Tanjung Piai hingga menyebabkan akhirnya beliau meminta maaf kepada rakyat.

Najib berkata, beliau pelik namanya selalu disebut sedangkan dia bukan calon Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, bukan lagi Perdana Menteri dan bukan juga Presiden UMNO dan BN.

“Najib, Najib, Najib, Najib, Najib! Keanpa nama saya asyik disebut dalam ceramah-ceramah PH unuk PRK Tanjung Piai?

“Semalam, Timbalan Menteri DAP Liew Chin Tong memberi ceramah kepada ribuan hadirin tempatan Tanjung Piai. Berpuluh kali nama saya disebut oleh Chin Tong. Najib, Najib, Najib, Najib, Najib…” keluh Najib.

Najib berkata, Ching Tong mendakwa beliau tidak memohon maaf untuk hutang RM40 bilion (sebenarnya RM32 bilion) 1MDB.

Menurutnya, disebabkan DAP amat sayangkan dirinya maka beliau memohon maaf untuk perkara-perkara berikut:

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Saksi juga telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah.

Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

Negara bermanfaat sebanyak RM400 bilion dalam tempoh 20 tahun dan saya memohon maaf kerana tidak menggunakan manfaat ini untuk membayar hutang RM32 bilion 1MDB.

2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden negara.

3. Mewujudkan projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

4. Mewujudkan projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

5. Mengusahakan perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

6. Saya memohon maaf kerana membina aset negara dipegang Khazanah Nasional sebanyak RM84 bilion dari RM32 bilion pada tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir tahun 2017.

Saya memohon maaf kerana tidak menjual aset negara RM84 bilion yang kita bina dalam Khazanah itu untuk membayar hutang 1MDB RM32 bilion,

7. Saya memohon maaf kerana meninggalkan rizab tunai RM176 bilion dalam PETRONAS dan tidak menjarah RM82 bilion seperti PH untuk membayar hutang 1MDB RM32 bilion,

8. Saya memohon maaf kerana hutang RM32 bilion 1MDB yang banyak aset itu kononnya boleh mufliskan negara tetapi tambahan RM120 bilion hutang negara oleh PH selepas PRU14 tidak pula mufliskan negara.

9. Saya memhon maaf kerana pasaran saham masa BN aik ke paras paling tinggi dalam sejarah dan tidak kehilangan RM300 bilion seperti masa PH apabila Bursa Malaysia menjadi paling corot dalam dunia.

10. Saya memohon maaf kerana mengembalikan wang yang disebut RM2.6 bilon itu kepada penghantar 4 bulan selepas saya menerimanya dan tidak simpan wang itu dalam poket seperti propaganda PH.

11. Saya juga memohon maaf kerana menerima sekurang-kurangnya RM600 juta dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Saudi seperti disahkan dalam Mahkamah oleh SPRM dan pihak bank.

12. Saya memohon maaf kerana kroni saya Rakyat dan bukan tauke. Chin Tong berani nak nafikan fakta-fakta di atas? – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button