PolitikPRK

Tanjung Piai rintis jalan ke Putrajaya – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan mahu Tanjung Piai sebagai perintis jalan ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-15 kelak.

Beliau yang popular dengan gelaran Tok Mat berkata kekalahan lalu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kerana pertandingan tiga penjuru iaitu BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH) dan jika masalah itu diselesaikan melalui Muafakat Nasional kemenangan akan menjadi milik BN.

Menurut beliau, kekalahan lalu itu sepatutnya dijadikan pengajaran kerana Allah mahu memberi peringatan dan pengajaran supaya semua berhenti daripada bergaduh untuk menjadi calon hingga saling sabotaj dan boikot sesama sendiri.

“PH bukannya kuat, kita yang bergaduh sesama sendiri,” katanya ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai malam ini.

Langkah meletakkan calon MCA di Tanjung Piai adalah sebagai memberi isyarat bahawa Muafakat Nasional bukan bersifat perkauman.

“Kalau nak menang kita perlu sokongan Sabah dan Sarawak. Tidak semua ahli dan pemimpin UMNO di Sabah beragama Islam, jadi Muafakat Nasional tidak relevan di Sabah jika bersifat perkauman,” katanya.

Oleh itu beliau mahu semua ahli bulat tekad untuk memilih calon BN kerana pertandingan di Tanjung Piai ialah BN menentang PH, manakala calon yang lain hanya mahu menunjukkan bahawa mereka masih wujud sahaja dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Pilihan raya ke-15 kalau kita elok-elok, Putrajaya dalam tangan kita. Orang sudah marah dengan PH, jadi kita kena tunjukkan sikap yang elok, kita sudah insaf.

“PRK di Cameron Highland, Rantau dan Semenyih telah membuktikan anak muda sudah kembali kepada UMNO dan BN, bagaimanapun anak muda akan berubah sokongan mengikut keadaan semasa, mereka seperti kiambang yang tidak mempunyai akar hanya mengikut arus,” katanya.

Tanjung Piai, katanya, sebagai pembakar semangat dan apabila menang ramai yang akan kembali ke BN.

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button