Nasionalpilihan

SEKATARAKYAT anjur program penanaman pokok sempena Sambutan Jubli Emas

KOPERASI Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) menganjurkan program penanaman pokok sempena sambutan ulang tahun ke-50 pada 23 September 2024 yang berlangsung di Taman Botani Fakulti Sains baru-baru ini.

Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Sekatarakyat Datuk Mohamed Arsad Sehan.

Sempena sambutan jubli emas ini, Sekatarakyat merancang pelbagai aktiviti dari 2022 hingga 2024 dengan mengadakan beberapa aktiviti yang menyumbang kepada pendapatan serta sebagai sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporatnya.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Sekatarakyat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyokong agenda pembangunan dan kemaslahatan manusia dan bumi.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof.  Madya Dr. Zaini Sakawi, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta Anggota Lembaga Pengarah Sekatarakyat.

Aktiviti penanaman pokok ini melibatkan hampir 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada wakil Sekatarakyat dan UKM. Usaha ini bukan sahaja bertujuan untuk mencipta persekitaran universiti yang mesra alam sekitar malah memberikan kesedaran kepada komuniti universiti tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang menjadikan Modul “Sejuta Pokok Segunung Harapan” yang dibangunkan oleh pakar dari UKM-ANGKASA sebagai panduan dalam menjayakan program ini.

Inisiatif ini juga dilihat mampu memupuk minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang pertanian sekali gus menyokong matlamat pembangunan mampan. Program ini juga seiring dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus selaras dengan Prinsip Koperasi Ke-7 iaitu “mengambil berat terhadap masyarakat”. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat bekerjasama dengan CelcomDigi sebagai “Bank 5G Pertama di Malaysia”

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button