Sukan

Sebelum ini kerajaan Pakistan tidak pernah pandang atlet ini tapi berjaya bawa pulang pingat emas Olimpik Paris 2024

ATLET rejam lembing dari Pakistan, Arshad Nadeem, 27, buktikan kepada dunia kemampuannya dalam memenangi pingat emas di acara Olimpik Paris 2024 berjaya buka mata walaupun keadaan yang serba kurang di kampungnya.

Pada awal kariernya, dia berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024 hanya membuat persiapan ala kadar kerana tidak mampu beli peralatan, tiada fasiliti latihan malahan juga tidak dapat dana dari kerajaan.

Arshad menggunakan wang derma dari rakan-rakan sekampungnya dan saudara maranya pergi ke bandar jalani latihan.

Dalam sukan Olimpik baru-baru ini, Arshad antara peserta terbaik, berjaya mencipta rekod baharu di Olimpik pada jarak 92.97

 

Menurut laporan Berita Kosmo Online, Ketua Menteri wilayah Punjab, Maryam Nawaz mengumumkan hadiah wang tunai sebanyak 100 juta rupee Pakistan (RM1.59 juta) untuk Arshad.

 

Selain itu, Datuk Bandar Karachi, Murtaza Wahab pula memberikan wang ganjaran sebanyak 50 juta rupee Pakistan (RM795,850) kepadanya.

 

Murtaza turut mendedahkan rancangan untuk menubuhkan sebuah akademi sukan di Karachi yang akan dinamakan sempena nama Arshad Nadeem.

 

Semua ganjaran tersebut akan meningkatkan nilai kekayaan bersih Arshad yang ketika ini dianggarkan memiliki aset kurang 10 juta rupee Pakistan (RM159,170).

Artikle Berkaitan :>

China antara tiga negara teratas dapat emas di Olimpik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button