Ekonomi

SDCG TERIMA DUA SURAT ANUGERAH BERNILAI RM8.13 JUTA

KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER 2024 – Solar District Cooling Group Berhad (“SDCG”) telah menerima dua surat anugerah bernilai RM8.14 juta daripada Mitrajaya Construction Sdn Bhd untuk kerja-kerja sub-kontrak untuk satu blok hospital 11 tingkat untuk Avisena Healthcare Sdn Bhd di Seksyen 14, Shah Alam.

Kerja-kerja sub-kontrak daripada dua surat anugerah ini meliputi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan Sistem Automasi Bangunan(“BAS”) dan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan Voltan LebihRendah (“ ELV”) dan perkhidmatan Teknologi KomunikasiMaklumat (“ICT”) (secara kolektif dikenali sebagai Kerja Sub-Kontrak”).

Kerja-kerja Sub-Kontrak dijangka siap menjelang Mei 2027.

Pengarah Urusan SDCG, Edison Kong berkata, pihaknya berbesar hati untuk dianugerahkan projek-projek ini, yang mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan.

“Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Mitrajaya Construction Sdn Bhd, yang telah terbina selama 13 tahun. Kami komited untuk meneruskan perkongsian ini dengan menyampaikan perkhidmatan BAS dan ELV & ICT yang berkualiti tinggi untuk projek penting ini perkhidmatan termasuk sistem terma suria dan penyelesaian perkhidmatan penjimatan tenaga merentas industri seperti penjagaan kesihatan, hospitaliti dan perindustrian,” katanya di sini hari ini.

Kumpulan mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam meningkatkan kecekapan tenaga merentas sektor penjagaan kesihatan, hospitaliti dan perindustrian selain terlibat dalam menyediakan perkhidmatan prestasi tenaga kepada syarikat konsesi yang menyediakan perkhidmatan sokongan hospital untuk hospital awam.

Kong menambah, hasil daripada Tawaran Awam Permulaan akan datang yang dijangka mengumpul RM45.09 juta, akan digunakan untuk mengembangkan ibupejabat, menyokong projek baharu, membeli bahan, dan melabur dalam peralatan dan perkhidmatan ICT, membolehkan syarikat meningkatkan lagi keupayaan kami dan terusmenyampaikan penyelesaian yang mampan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button