Saya yang bersalah, rosakkan diri sendiri, abaikan keluarga dan anak-anak – Amar Asyraf
TAHUN 2020 boleh dianggap sebagai tempoh yang mencabar buat semua individu di seluruh dunia.
Perkara sama diluahkan oleh pelakon, Amar Asyraf berkaitan dengan tahun 2020 yang disifatkan tahun yang cukup menghampakan buat dirinya.
Dalam luahan pelakon filem Daulat itu, dia menganggap apa yang berlaku yang terjadi pada tahun 2020 adalah kesilapan yang yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
“Geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa apa dan tak mampu buat apa apa untuk ubah hidup sendiri.
“Bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri. Duit Tak cukup, kes di mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen televisyen, boros sebab tekanan dan macam macam lagi.
“Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa. Bukan salah Arna, atau orang lain. Saya yang bersalah dan saya yang menyakiti orang lain,” katanya.
Menurut Amar, dia juga mengakui telah menyakiti hati keluarga, rakan, anak-anak dengan kelakuannya yang tidak baik.
Ujarnya, dia juga kesal kerana telah berputus asa untuk menjadi lelaki yang baik sehinggakan gagal menjaga diri dan kesihatannya.
“Saya biarkan keegoan diri menang hingga mempersoalkan Allah kenapa semua ini berlaku kepada saya. Tetapi saya tida buat apa-apa dan membiarkan diri saya lemas dalam pengaruh negatif dan mengabaikan insan tersayang.
“Saya Rasa semuanya tidak Adil. Padahal yang berlaku tidak Adil itu adalah kerana diri sendiri. Saya yang merosakkan diri sendiri
“Saya sudah tidak kenal diri sendiri. Tak tahu apa yang diinginkan lagi. Saya benar-benar rasa sesat tetapi tidak mampu membinta bantuan. Saya minta maaf kerana menyebabkan ramai kecewa,” jelasnya.
Tambah Amar, dia juga merasakan sudah tiba masanya untuk dia berubah untuk memastikan anak-anaknya mendapat masa depan yang lebih baik. -SM