Kerjasama rapat antara Samsung dan Microsoft nampaknya diteruskan lagi, kali ini ia memberi kelebihan kepada pengguna Windows 10. Setelah pelancaran aplikasi SmartThings minggu lalu, Samsung juga telah melancarkan aplikasi Windows untuk mengawal ‘earbuds’ atau gegedang telinga Samsung Galaxy Buds.
Aplikasi baharu ini mempunyai tujuan yang cukup mudah. Setelah pengguna memuat turun aplikasi dari Microsoft Store, mereka boleh menggunakannya untuk mempermudah proses pemasangan Galaxy Buds ke komputer Windows 10, sama ada komputer riba Samsung, PC khusus, atau apa sahaja perkakasan yang menggunakan platform yang sama dan menyokong pengunaan Bluetooth. Huraian aplikasi yang sangat ringkas dan boleh dirujuk dari Microsoft Store.
Aplikasi ini Galaxy Buds membolehkan anda menggunakan ciri seperti tetapan peranti dan paparan status ketika disambungkan ke peranti Galaxy Buds Pro anda.
Bahasa reka bentuk keseluruhan aplikasi serupa dengan yang boleh anda dapati pada telefon pintar Samsung Galaxy. Dengan aplikasi ini proses menggunakan pelbagai ciri tambahan TWS ini akan menjadi lebih mudah. Terdapat kawalan untuk ANC, equaliser, Ambient Mode, menyahaktifkan sentuhan, Voice Detect dan banyak lagi.
Pada masa ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk peranti Galaxy Buds Pro sahaja. Walau bagaimanapun Samsung telah membuat kenyataan bahawa sokongan aplikasi ini untuk peranti earbud Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds+ pada platform Windows 10 akan tersedia dalam sedikit masa lagi. – SM