Politik

“Sampai bila perlu rakyat tanggung keadaan sebegini?” – Sultan Ibrahim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan Baginda dengan desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan PRU 15 diadakan.

“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU 15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina. Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah DYMM Sultan Ibrahim.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button