Nasional

Sambung bicara kes Ahmad Zahid hari ke-14

PAGI ini, kes perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung.

Seorang lagi saksi baharu, Mahinder Kaur, Setiausaha Syarikat Yayasan Akalbudi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pertuduhan yang dihadapi oleh Presiden UMNO itu.

Semalam, seorang Pengurus Bank Affin cawangan Jalan Bunus S. Rajan Taran telah dipanggil bagi memberi keterangan berkaitan dengan 53 cek Yayasan Akalbudi.

Daripada 53 cek tersebut, 32 cek didapati tidak ditandatangan sendiri oleh Ahmad Zahid sebaliknya disetem atau dicop menggunakan tandatangan beliau.

Cek-cek yang disetem tandatangan itu telah diclearkan oleh pihak bank yang berkenaan dan itu menyalahi undang-undang.

Prosiding perbicaraan dijangka bermula pukul 9 pagi ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button