Saksikan dokumentari Khas di Astro Oasis malam ini sempena sambutan Aidiladha
SEMPENA sambutan Aidiladha yang disambut tidak lama lagi, stesen TV swasta Astro Oasis bakal tanyang kan dokumentari khas tentang pengalaman dan kisah-kisah menarik di Kota Suci Madinah.
Ia bertujuan menghargai mereka yang mengerjakan haji sambil mencurah ilmu menepati semangat sambutan Aidiladha itu sendiri.
Dokumentari berjudul Citra Madinah terbitan Blithe Media Production Sdn. Bhd. berdurasi satu jam ini akan ditayangkan selama dua hari iaitu pada Sabtu 15 Jun dan Ahad 16 Jun, jam 9 malam.
Menurut Penerbit yang juga pengarah dokumentari ini, Nur Farihah Ridzuan, Citra Madinah memaparkan kisah-kisah sejarah kota suci, Kota Madinah dan kisah yang tidak dirungkai di Masjid Nabawi, Masjid Nabi yang dibina oleh Rasulullah sendiri.
“Kita dapat lihat bagaimana gahnya masjid ini sekarang. Citra Madinah berkisarkan tentang kelebihan The Hidden Gem (Permata Yang Tersembunyi) yang ada di Tanah Suci Madinah.
“Tidak kurang kita dapat menyaksikan kepesatan perkembangan teknologi yang ada di Masjid Nabawi seperti broadcasting.
“Juga terdapat tiga buah muzium di Masjid Nabawi termasuk muzium terbaru Bustan Al Safiya. Yang paling best sekali cerita yang orang tak tahu ada di Masjid Nabawi.
“Yang paling menarik, ada lagi tempat yang orang takkan pergi dan orang takkan tahu dan mereka perlu menonton Citra Madinah,” katanya.
Farihah turut bersyukur kerana penghasilan dokumentari ini berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Buat pertama kalinya, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan permit untuk penggambaran dan memberi sepenuh kerjasama bagi menjayakan program ini.
“Kami dapat sokongan penuh dari kerajaan Arab Saudi yang bantu dalam menjayakan dokumentari ini.
“Kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan fasiliti dan kerjasama baik ini.
“Moga semua beroleh manfaat dan reda Ilahi menerusi dokumentari ini,” katanya.
Pasukan produksi turut berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menaja mereka di sana antaranya Saudi Arlines (penerbangan), Haramain High Speed Train (pengangkutan), dan Alharam (service -tech dan lain-lain).
Tenaga produksi seramai lapan orang ini berada di Madinah dan Al Ula dari 18 Mei sehingga 24 Mei.
Artilkle Berkaitan :>
Solat Aidiladha di Perlis digalakkan dilaksanakan di tanah lapang