Mahkamah

Saksi pendakwa ke-89 gagal jawab soalan, lebih banyak diam

Pagi, mahkamah tolak pernyataan bertulis Pegawai Penyiasat SPRM

MINIT ceraian yang ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri untuk kelulusan Profound Radiance Sdn. Bhd. (Profound) menjalankan  Operasi Pusat Sehenti (OSC) di Bangladesh pada tahun 2015,  setelah Ketua Setiausaha (KSU) kementerian menyokong kelulusan tersebut.

Sebelum itu, KSU mendapat ulasan bersetuju untuk kelulusan oleh Timbalan KSU setelah Setiausaha Bahagian (SUB) Imigresen, mempengerusikan mesyuarat jabatan bagi menyokong kelulusan setelah didapati semua prosedur dipatuhi.

Bagaimanapun, saksi pendakwa ke-89, Pegawai Penyiasat Fairul Rafiq Hamirudin ketika menjawab soalan pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal hari ini, tidak bersetuju dengan keputusan pembatalan projek kepada Profound.

Fairul memberi alasan, dia tidak bersetuju dengan soalan cadangan Ahmad Zaidi sebab katanya, keputusan boleh dipertimbangkan sama ada dilantik atau tidak dilantik syarikat berkenaan (Profound).

Fairul yang mengambil masa agak lama untuk menjawab soalan berhubung pengetahuannya tentang SOP pembatalan OSC, memberitahu mahkamah bahawa dia sebenarnya tidak tahu SOP secara terperinci tentang pembatalan permohonan OSC.

“Profound ada masalah dalaman antara Pengarah Profound,” kata Fairul.

Ahmad Zaidi bertanya, apakah dia tahu ada masalah dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh?

Jawab Fairul, “Ya. Tahu,” dan bersetuju dengan cadangan peguam, itu adalah sebab mengapa Profound gagal dalam mendapatkan projek OSC.

Pemeriksaan balas ke atas Fairul dilakukan pada sebelah petang yang mana, sebagai Pegawai Penyiasat, dia bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tugas seorang Pegawai Penyiasat adalah bebas, tidak memihak (neutral) atau menyebelahi mana-mana pihak.

Fairul juga bersetuju, berasaskan tugas sebagai Pegawai Penyiasat SPRM, dia akan menilai segala keterangan, dokumen, saksi keterangan yang diberikan oleh Ahmad Zahid termasuk meneliti dokumen analisis dan percakapan beramaran.

Sewaktu memberi keterangan siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Ahmad Zahid memberi enam kenyataan dan sebagai Pegawai Penyiasat, Fairul mempunyai akses ke atas dokumen-dokumen percakapan.

Ahmad Zaidi seterusnya berkata, tertuduh berhadapan dengan 47 pertuduhan, “kalau saya katakan dalam proses siasatan, tujuh lagi Pegawai Penyiasat berbincang, briefing macam mana nak teruskan siasatan, selalu berbincang dalam menentukan hala tuju kes sebelum melengkapkan kes siasatan. Setuju dengan saya?

Saksi: Setuju

Peguam: Salah satu tugas IO mendapatkan dokumen asal imigresen. Betul?

Saksi: Ya. Betul.

Peguam: Dokumen-dokumen, cek-cek diberi oleh Profound masuk ke dalam akaun Lewis & Co. Bila dapat salinan asal cek-cek?

Saksi: Dokumen dapat daripada Penolong Pengurus bank.

Peguam: Tahu proses, prosedur, SOP pemberian projek/anugerah KDN? Tau prosedur?

Saksi: (Diam tidak bagi jawapan)

Peguam: Tak tau cakap tak tau. Tau macam mana proses?

Saksi: Syarikat buat permohonan OSC

Peguam: Berapa syarikat selain Profound

Saksi: Secara spesifik, tidak tahu.

Peguam: Daripada projek ini, Profound cas RM100 bagi satu permohonan. Itu processing fees. Tahu tak daripada RM100, berapa pergi kepada Kerajaan Malaysia?

Saksi: (diam tidak menjawab soalan).

Peguam: Kata tadi tahu.

Saksi: Seingat saya… RM20.

Peguam: Huh? Pasti ke tu? Betul RM20?

Saksi: (diam)

Peguam: RM50 kepada kerjaan Malaysia, RM50 Profound ambil.

Saksi: Tak setuju.

Peguam: Jadi, kalau ikut kamu, RM20. Boleh rujuk ID?

Saksi: (diam)… Tak bawa.

Peguam: Kerajaan Malaysia tidak belanja sesen pun. Semua kos operation ditanggung oleh Profound Radius.

Saksi: Ya. Setuju Yang Arif.

Sementara itu, prosiding perbicaraan Ahmad Zahid akan bersambung pada 28 Oktober.

Menurut kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah mengarahkan semua mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PLPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button