HiburanMahkamah

Saksi defendan Datuk Amir ‘goyang’ disoal Peguambela Datuk Aishah

Kes perbicaraan Datuk Wan Aishah Wan Ariffin saman Bina Megah Empayar

PENGARAH Urusan dan Operasi syarikat pembinaan Bina Megah Empayar (BME), Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa setuju tiada kesalahan pada video teaser, pengumuman pengacara dan ulasan Buletin Awani tentang hadiah tanah lot banglo dari tajaan BME untuk Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Datuk Wan Aishah Wan Ariffin.

Itu dinyatakan oleh saksi defendan ketiga yang tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan hadiah tanah lot banglo oleh plaintif, Aishah terhadap tiga defendan Bina Megah Empayar (BME) di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah diberitahu, di awal pertemuan, Mohd Amir mengaku membawa sebuah syarikat Budi Group yang pernah menjadi penaja hadiah untuk pemenang GV3 untuk perbincangan sebagai penaja tetapi kerana ada masalah dalaman di antara beliau dengan Budi Group, syarikat itu menarik diri sebagai penaja GV4.

“Mustahil pihak Astro tak tahu dan tak kenal Budi Group,” kata Peguambela plaintif, Aishah, Izwan merujuk kepada kenyataan saksi kedua, Penolong Penerbit di Astro, Muhammad Shamsul Shamsudin semalam di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Sepanjang prosiding perbicaraan semalam, Mohd Esa duduk di dalam kamar mahkamah mendengar kenyataan plaintif sebagai saksi pertama, kenyataan saksi kedua dan ketiga.

Oleh itu, Mohd Amir berkata, beliau setuju bahawa mustahil pihak Astro tidak mengetahui tentang Budi Group atau pun tidak pernah dengar nama itu.

Menjawab soalan Peguambela plaintif, Mohd Amir berkata, tidak ada surat Budi Group sebagai penaja GV4 bagaimanapun kata saksi, dia tidak pasti dan menyerahkan kepada peguambelanya.

Prosiding perbicaraan dirujuk kepada tiga pemenang GV musim keempat iaitu Aishah pemenang tempat pertama, Liza Hanim tempat kedua dan Lan Solo tempat ketiga dirujuk oleh Izwan.

“Surat bertarikh 28 Oktober 2017, apabila ditulis tiga pemenang pertandingan, ada pemenang.

“Benda yang tak dikenali dalam surat itu, boleh dikenali kemudian,” kata Izwan dan dipersetujui oleh saksi defendan ketiga itu.

Saksi memberitahu mahkamah antara beliau, tiada kontrak dengan plaintif dan hadiah patut dituntut kepada Astro.

“Saya jumpa mereka (pemenang-pemenang) di Bukit Jalil untuk selesaikan masalah mereka dan terangkan A to Z apa masalah yang dihadapi.

“Apa yang termampu, itu sahaja yang saya beri. Minta saya tandatangan satu perjanjian yang saya tak setuju,” kata saksi dalam menjawab soalan Peguam Izwan.

Izwan berkata, pada 2018, anak guamnya meminta tanah lot banglo diserahkan, ada tak saksi buat tindakan kepada Astro.

“Tidak ada. Nak kena saman 2022 pun, tidak ada dibuat surat. Dan tidak dimasukkan tindakan menarik Astro sebagai defendan,” kata Izwan dalam pemeriksaan balasnya terhadap saksi.

“Kerana saya berusaha untuk dapatkan tanah, apa yang ditaja,” jawab saksi.

Seterusnya, Izwan bertanya kepada saksi defendan ketiga itu, tahu tak apa yang berlaku dalam video yang dirakamkan oleh seorang bernama Puteri Kasih dan video itu dimainkan oleh Izwan dengan izin mahkamah untuk ditunjukkan kepada saksi.

“Ini event Gegar Vaganza, tak ingat musim ke berapa. Tapi setuju Aishah menang GV4.

“Ini konsert akhir,” kata saksi dan memberitahu mahkamah kehadirannya dalam event itu (final GV4) dalam dewan tersebut secara fizikal untuk menonton GV secara live.

Kata Izwan, Jihan Musa ada sebut tanah lot bangle dan diakui saksi yang kenal dengan suara pengacara pentas final GV4 tersebut.

“Tanah lot banglo diumum oleh Pengacara Jihan Musa untuk pemenang pertama oleh penaja Bina Megah Empayar.

“Nama syarikat sama dengan nama yang ada pada surat penajaan dan Datuk Aishah adalah juara,” kata saksi apabila disoal Peguam Izwan.

Laporan dalam Buletin Awani menyebut Aishah sebagai pemenang pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebidang tanah lot banglo.

Pengumuman Jihan Musa, sebidang tanah lot banglo sama dengan ulasan Buletin Awani yang pengulasnya menyebut sebidang tanah lot banglo.

“Apa yang pengulas sebut, tanah lot banglo. Sama,” kata saksi.

“Berita Awani berdurasi 1.51 minit, ada salah, ada yang tak konsisten,” soal Izwan kepada saksi.

“Saya tak pasti,” jawap saksi yang ada pada malam final GV4.

Video yang sama dimainkan semula oleh Izwan untuk tontonan saksi dengan izin mahkamah.

“Saya tak tahu,” kata saksi yang hanya dirujuk kepada pengumuman pengacara final GV dengan ulasan Berita Buletin dan mengambil kira, saksi berada secara fizikal menonton final GV4.

Walau bagaimanapun saksi defendan Mohd Amir setuju dengan cadangan Peguambela Izwan bahawa tiada apa yang salah pada video teaser, pengumuman pengacara malam final GV4 dan ulasan Buletin Awani.

“Pihak Astro sebenarnya serah kepada pihak Datuk video teaser ini sebelum disiarkan. Setuju?,” tanya Izwan.

“Tiada, tidak” jawab saksi.

Kata Izwan, “dalam teaser tak tulis sepenuhnya detail tanah lot bangle, hanya summary, Datuk approve, baru mereka proceed.”

“Tak setuju,” kata saksi defendan itu.

Antara lot tanah dan lot tanah banglo, kata saksi defendan itu lagi, dia tahu beza dan setuju bahawa ada lot tanah yang  tak boleh dibina banglo.

Saksi menjawab soalan Izwan, apakah jawatannya dalam Bina Megah Empayar.

“Sebagai Pengarah Urusan dan Operasi Bina Megah Empayar,” jawab saksi.

“BME sepatutnya kena tahu bukan semua tanah boleh dibina banglo,” kata Izwan dan dipersetujui oleh saksi.

“BME, tanah lot banglo ada spesifikasi dan piawaian tertentu kerana mereka juga kontraktor pembinaan,” kata Izwan dan dipersetujui lagi oleh saksi defendan.

“Tujuan sponsor, beri hadiah. Ada tujuan lain,” soal Izwan kepada saksi defendan yang sama.

Jawab saksi, “saya tubuh BME nak sambung penajaan syarikat lama. Tak ada expectation lain dan tak rugi.”

Ketiga-tiga defendan kata saksi, BME, tidak mengaut untung dalam penajaan GV4 tapi rugi kerana mengeluarkan duit.

Peguam Izwan mendesak saksi defendan memberi jawapan yang konsisten kerana jawapan yang diberi, bercanggah.

“Kredibiliti, inconsistency, yang mana satu betul, Datuk,?” soal Izwan.

Saksi terdiam dan mahu peguambelanya menjawab.

“Rugi itu sekiranya dimaksudkan lot banglo,” kata saksi.

“Kurang jelas apa lagi,” tekan Izwan.

“I put to you, tadi kata tak rugi adalah satu penipuan kepada mahkamah,” kata Izwan dan saksi kata, tak setuju.

“Bila kita buat bisnes, tujuan mesti nak untung. Dah ternyata rugi, reasonable action, tak proceed dengan bisnes. Ini soalan biasa untuk ahli perniagaan kerana Datuk kata, Datuk adalah seorang ahli perniagaan,” kata Izwan.

“Betul fasal prinsip perniagaan,” akui saksi dan setuju dengan pernyataan Izwan di atas.

“Sudah rugi kenapa sponsor musim seterusnya,” soal Izwan lagi.

Saksi memberitahu mahkamah, ketika bersama syarikat yang lama, Budi Group, jawatan beliau ialah Marketing.

Kata saksi defendan itu, apabila ada masalah dalaman di antara beliau dengan Budi Group, Bina Megah ditubuhkan dan tidak mengaut keuntungan.

Izwan meminta bukti ketika GV3, Budi Group yang sponsor dan sebagai Marketing, saksi tiada sebarang bukti termasuk sponsor di GV3.

“Jual beli lot nature of business, seiring dengan nature business.

“Dalam situasi manakah, penaja untung kalau GV3 rugi, GV4 rugi,” soal Izwan.

Hakim Rofiah Mohamad yang mendengar kes perbicaraan Datuk Aishah mencelah dan berkata kepada saksi, “dalam pandangan Datuk, bila kita jadi sponsor, bila mana untung? Itu soalan Peguam.”

Jika untung, bisnes kena diteruskan, kata Izwan dan dipersetujui oleh saksi.

“Berulang kali lot banglo tajaan Bina Megah Empayar disebut berulang kali, iklan, publication.

“Sama ada syarikat itu terus beroperasi atau tidak, nama diuar-uarkan, dia dah dapat air time dan dah ada untung di situ,” kata Izwan yang mana berjuta penonton tonton Astro dan satu dunia tonton menerusi strim GV4.

“Saya tak setuju,” kata saksi.

Saksi defandan yang bergelar Datuk Seri ini berkata dalam mahkamah, tiada Astro di rumahnya sebaliknya ada UniFi.

Kata Izwan, “I put to you, Datuk dah tengok teaser semasa semi final. Ada tulis tanah lot banglo, Datuk mengaku tadi ada beza tanah lot dengan tanah lot banglo.

“Datuk tahu ada inconsistency 2,600 kaki persegi dengan lot banglo.

“Tadi Datuk kata niat nak bantu kawan-kawan dalam industri.

“Datuk ada duty untuk maklumkan Astro buat pembetulan sekiranya pengumuman lot tanah bangle itu salah. Setuju,” kata Izwan.

“Tak setuju,” kata saksi.

“Aku nak bantu kawan-kawan. Benda yang berbeza. Demi kawan-kawan, maklumkan pada Astro. Datuk ada duty to inform,” kata Izwan.

“Tak setuju. Itu bukan kewajipan saya,” jawap saksi.

Lapan minggu berlalu, penat lelah, jiwa raga, kata Nabil Ahmad yang tampil sebagai saksi plaintif, saksi keempat, saksi terakhir di mahkamah pagi tadi dan kata-kata Nabil disebut semula oleh Izwan.

“Bila ada kesilapan, jual beli tanah lot, ni tanah nak bagi, tak boleh bina banglo,” kata Izwan.

“Tak setuju kerana tak pernah arahkan sesiapa announce tanah lot banglo,” kata saksi.

“Kita berada di situ, dengan pengumuman, tak sama. Itu yang peguam tanya,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Sivil kepada saksi defendan selepas pemeriksaan balas yang dilakukan oleh Peguam Izwan diberi jawapan yang tidak konsisten oleh saksi.

“Bila mana dia announce salah, Datuk ada duty to inform Astro. Setuju atau tidak,” kata Izwan.

“Tak setuju,” kata saksi.

“Aishah tuntut tanah lot banglo pada 2018, ada Datuk buat laporan polis,” tanya Izwan.

“Tak ada,” kata saksi.

“Ada bagi tanah 2,600 kaki persegi kepada Aishah?

“Lagi dua pemenang?,” tanya Izwan kepada saksi defendan.

“Belum bagi,” kata saksi.

Sambung Izwan, “bulan 12 ni, 5 tahun. Kalau 6 tahun tak bagi, tak tuntut, tak dibawa ke mahkamah, you are free to walk.

“Ignorance of law is not a defence. Lepas 6 tahun, halal everything.”

Peguam Izwan seterusnya berkata, “beli tanah 2019, GV4 2017. Sebenarnya kena beli tanah, bagitau lokasi yang lengkap pada 2017.

“Hari ini 2022, tanah status pertanian. Yang ini Datuk letak aje geran ini, tak ada niat pun nak bagi tanah-tanah ini kepada para pemenang.”

“Tak setuju,” kata saksi.

“Datuk bagi geran di mahkamah untuk mengaburi mata mahkamah. Lepas dua tahun konsert, GV4, tetap Datuk tak buat apa-apa.

“Ada Datuk kemukakan bukti, sebarang surat permohonan. Datuk ada tanah pun tak cukup seekar.

“Ada surat pecah tanah dari Pejabat Tanah dan Galian? Bila nyatakan dalam kenyataan saksi, kena ada bukti. Plan, surveyor, pecah geran… tak ada juga?” kata Izwan dan saksi kata, “Tak ada.”

Saksi defendan memberitahu mahkamah, kerja urusan tanah BME terbantut kerana Covid-19 melanda negara.

Selepas PKP kerana Covid-19, kata Peguam Izwan, saksi belum berbuat apa-apa untuk menyelesaikan pembelian tanah yang menjadi sebab kelambatan penyerahan tanah kepada pemenang.

“Saya serahkan kepada Mohd Najib,” kata saksi.

“Siapa Mohd Najib ini? Ada kena mengena dengan Datuk,” soal Izwan.

“Tak ada kena mengena. Saya mencari tanah di Kota Tinggi untuk jadikan hadiah, saya kenal dia atas atas urusan tanah,” kata saksi.

“Dua tahun, makan masa kata Datuk untuk cari tanah, tukar status tanah pertanian kepada status komersial. Ada Datuk bawa sebarang dokumen serahan sebagai bukti di mahkamah?” tanya Izwan.

“Tak ada,” jawap saksi.

“Lagi 12 bulan time period, dalam jangkaan Datuk, bila nak serah tanah tu. Tiga tahun tak ada pecah geran, proposal, apa-apa,” kata Izwan.

Saksi tak jawap soalan sebaliknya kata saksi, apabila dia mendapat surat saman daripada plaintif, Datuk Aishah, kerja-kerja berkaitan dengan tanah tergendala kerana memberi tumpuan kepada kes saman.

“Tahun 2019 dapat tanah, pandemik Mac 2020 ada dua bulan setengah.

“Sebelum lifted for vaccine, pejabat tanah dah buka. Dah lebih setahun, tak ada apa apa lagi.

“Sebenarnya tak ada usaha dari pihak Datuk, tunggu time up,” kata Izwan.

“Tak setuju,” balas saksi.

“Datuk bukan consider tapi deny. Striking out dari awal. Tindakan tak sampai apa-apa permohonan pun. Tak ada sebarang bukti lantikan surveyor oleh Datuk,” kata Izwan.

Peguam Izwan seterusnya berkata, “Datuk juga seorang artis. Sebagai penyanyi yang pernah masuk pertandingan.

“Bila orang janji RM100,000, apa expectation, harapan, masuk pertandingan, berusaha nak menang.

“Tak boleh la dapat RM90,000. Percutian ke Eropah, dapat percutian ke Eropah.

“Dapat tanah lot banglo, apa yang Datuk harapkan, tanah lot banglo.

“Kalau bagi tanah bukan lot banglo, dia kecewa.

“Sekiranya Datuk menang sesuatu pertandingan, apa harapan Datuk, nak dapat hadiah itu,” tanya Izwan.

“Secepat mungkin,” jawap saksi.

Soalan terakhir Peguam Izwan untuk saksi, wajarkah bagi seorang artis, pemenang, keluar duit beribu-ribu baya lawyer untuk dapatkan hadiah yang dijanji?

“Umpama lebih mahal tali daripada lembu. Sedih”

Jawab saksi defendan, “wajar lantik lawyer untuk dapatkan hadiah.”

Perbicaraan bersambung esok pagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button