Mahkamahpilihan

Wanita hamil mengaku tidak bersalah perdaya dua mangsa pembelian rumah PR1MA

SEORANG wanita hamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan menipu urusan penjualan rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hujung tahun lalu.

Di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin tertuduh, Farizirah Safarizan, 22, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya Hayatun Nufus Tamdjuri Adydarsono, 32, untuk pembayaran wang pendahuluan bagi pembelian sebuah unit PR1MA Residensi A Famosa.

Bayaran kos penyelenggaraan yang tidak wujud bernilai RM6,350 telah dibuat oleh mangsa secara berperingkat-peringkat antara 31 Januari hingga 28 Februari 2022.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama sehingga mendorong seorang lagi mangsa Siti Ida Hassan, 37, menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,500 di kawasan pembinaan rumah PR1MA Residensi A Famosa, Alor Gajah Disember tahun lalu

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J.Banusha memohon jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak bekerja dalam rayuannya bagaimanapun meminta mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan dia sedang mengandung, selain perlu menjaga ibunya yang menghidap kanser payudara.

Mahkamah kemudian membenarkan wanita itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 September ini sebagai sebutan semula kes tersebut. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button