Nasionalpilihan

Sajat dakwa dirinya diraba pegawai jabatan agama negeri

USAHAWAN kontroversi yang dikenali dengan nama Sajat mendakwa dia telah diraba oleh pihak berkuasa agama ketika hadir memberi keterangan pada Januari lalu.

Perkara itu didedahkan Sajat dalam satu temubual bersama dengan The New York Times.

Menurut laporan tersebut, Sajat berkata dia hadir ke pejabat agama seperti yang diminta selepas pihak berkuasa terlibat menerima beberapa aduan berkenaan dirinya.

Sajat juga berkata, kejadian itu disaksikan sendiri oleh ibunya yang turut mempertikai dan menergur perbuatan tersebut.

“Mereka berasa tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.” katanya.

Selepas kejadian itu, Sajat berkata yang satu laporan polis telah dibuat dan piak berkuasa telah memanggil pengawai jabatan agama yang terlibat untuk diambil keterangan.

Namun jelasnya, sehingga kini tiada tindakan lanjut diambil dan pihak jabatan agama yang terbabit juga enggan memberi sebarang komen.

Menerusi temubual itu juga, Sajat memaklumkan yang dia rasa dilindungi selepas menerima status pelarian di Australia.

Dia turut memberitahu yang dirinya berasa terperangkap di dalam negara kelahirannya sendiri kerana undang-undang yang mendiskriminasi dirinya serta menganggap dirinya sebagai seorang lelaki. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button