Ekonomi

Saham 99 Speed Mart naik 12 peratus selepas IPO

HARI pertama didagangkan, saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (KL:99SMART) bermula pada harga RM1.85, naik 12.1 peratus atau 20 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65.
Di hari pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, pada Isnin harga saham terus itu meningkat kepada RM1.91, dengan kenaikan 26 sen atau 15.76%, memberikan syarikat tersebut nilai pasaran sebanyak RM16.04 bilion berdasarkan modal terbitan sebanyak 8.4 bilion saham.
Penyenaraian 99 Speed Mart aalah yang terbesar di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan ini, berjaya mengumpul RM2.36 bilion, termasuk RM1.7 bilion daripada penjualan 1.028 bilion saham oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Thiam Wah, serta isterinya, Ng Lee Tieng.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button