Sabar, saya akan buang gambar seksi satu persatu – Zizi Kirana
BARU-baru ini, penyanyi yang sebelum ini sering tampil dengan imej seksi, Zizi Kirana memberitahu yang dia mahu membuat perubahan pada dirinya.
Menurut Zizi, dia berazam untuk menjadi lebih baik dan tidak mahu melukakan hari ibunya yang sering memintanya supaya berubah secara perlahan-lahan.
Malah, penyanyi lagu Eh ini juga telah membuang gambar-gambar seksi yang pernah dimuatnaik di akaun media sosial miliknya.
Tetapi, Zizi memberitahu ada sesetengah netizen yang cuba mempertikaikan niat baiknya untuk berubah dengan meninggalkan komen di gambar seksinya yang belum di padam.
“Bila saya keluar kenyataan ‘saya dah buang gambar seksi’ terus ada yang cari gambar-gambar pertama yang saya muat naik dulu.
“Lepas itu bila ada gambar yang saya tidak sempat buang, terus tinggalkan komen kata kenapa tak buang lagi.
“Satu-satulah. Kesabaran amat diperlukan di sini sebab banyak gambar di akaun media sosial saya,” katanya.
Zizi juga nampak tenang dan tidak berang dengan perangai sesetengah netizen serta mendoakan yang terbaik kepada semua. -SM