Hiburan

Harris Anuar, Tajuddin Bakar Positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Langkawi

PELAKON, Harris Anuar dan rakannya, Tajuddin Bakar disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Langkawi, Kedah.

Kedua-dua mereka memberitahu perkara tersebut di akaun Instagram masing-masing dan meminta semua kontak rapat supaya menjalani ujian saringan.

Harris berkata, dia akan membuat saringan kedua pada hari ini dan menjalani kuarantin di rumah selain menyaran kontak rapat yang bertemu dengan dirinya bagi melakukan perkara sama.

“Siapa-siapa yang kontak rapat dengan saya selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.

“Setakat ni saya masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tajuddin yang turut diliihat bersama-sama dengan Harris ketika di Pulau Langkawi turut memberitahu yang dirinya disahkan positif Covid-19.

Setakat ini, dia melakukan kuarantin di rumah dan memohon maaf kepada semua di atas apa yang berlaku. -SM

(Visited 2,899 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button