Politik

RUU355: Pas akui perlu lalui banyak peringkat sebelum lulus

PENGGUBALAN atau pindaan akta seperti RUU355 bukan sahaja perlu dilakukan diperingkat Kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetapi perlu mengambil kira pelbagai aspek.

Berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355, perkara itu perlu juga perlu diteliti di peringkat Majlis-Raja-Raja.

Malah, turut melibatkan kerajaan negeri kerana bidang kuasa jawatankuasa agama Islam di bawah raja atau sultan setiap negeri.

Hal tersebut diakui Pas apabila cadangan penguatkuasaan RUU355 perlu menempuhi banyak peringkat yang pembangkang tidak tahu.

“Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU355 kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.

BACA > CUEPACS mahu COLA gred 41 dinaikkan RM50 – Suara Merdeka

“Kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja.

“Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur.

“Kena jumpa peguam negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok undang-undang sedia ada, banyak kerjalah.

Demikian penjelasan diberikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air juga memaklumkan, tindakannya berhubung RUU355 ketika menjadi pembangkang dan kerajaan adalah berbeza.

Ini kerana, katanya ketika menjadi pembangkang, prosedur dan proses undang-undang itu tidak dilihat secara menyeluruh.

BACA > 8 jam Guan Eng di SPRM hari ini – Suara Merdeka

“Saya tengok usul-usul semalam dan hari ini dari beberapa tempat, banyak usul bersifat pembangkang.

“Kita banyak usul bersifat pembangkang, mendesak, mendesak, mendesak. Mendesak siapa?

“Mendesak kerajaan. Kita desak kita.

“Dulu pembangkang tak apa kita desak kerajaan – sebab kerajaan itu bukan kita.

“Tetapi sekarang kita kerajaan, kalau kita desak maknanya kita desak kita, kalau kita marah, kita marah kita.

“Maka selain mendesak pihak pemerintah, pendekatan mengemukakan cadangan apa yang patut kita buat sebagai kerajaan, apa yang patut kita buat,” jelasnya.

Justeru, tambah beliau desakan-desakan daripada Pakatan Harapan (PH) diharapkan tidak mempengarhi para penyokong Pas.

“Ada orang kata khususnya puak-puak PH duduk serang, di mana suara lantang PAS sebelum ini?

“Dulu berapi-api, memanglah dulu berapi sebab pembangkang, dulu berapi.

BACA > RUU355: Amanah lagi baik berbanding Pas – Suara Merdeka

“Sekarang mereka bertindak demikian, ada pun kita sebagai kerajaan kaedahnya adalah duduk, runding dan kemukakan cadangan.

“Apa masalah dalam pelaksanaan, kitalah yang kena fikir,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button