NegeriRencah Hidup

Rumah Hijau, rumah lahir Raja Perlis kini di Muzium Kota Kayang

RUMAH kelahiran Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dikenali sebagai Rumah Hijau kini ditempatkan di pekarangan Muzium Kota Kayang, Jalan Kuala Perlis, Kangar.

“Besarlah harapan beta agar Rumah Hijau ini, diketengahkan sesuai dengan fungsi asalnya tanpa melupakan elemen sejarah,” titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan merasmikan Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang di Jalan Kuala Perlis, Kangar.

Baginda bertitah, dengan penggunaan teknologi pameran, ia akan mampu menjadi sebagai daya tarikan baharu di negeri Perlis,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan melancarkan Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang.

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan isteri serta Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Datuk Azman Mohd. Yusof.

Program bermula 3 hingga 5 November anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia ini berteraskan warisan seni dan budaya berkonsepkan ‘karnival’ menyasarkan penyertaan seluruh peringkat masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat motosikal jual pelbagai roti zaman dahulu ketika melawat pameran sempena Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang.

Raja Muda bertitah,muzium ini juga boleh menjadi duta untuk memperkenalkan negeri Perlis.

“Ia bukan sahaja kepada seluruh masyarakat Malaysia dan seterusnya di mata dunia kerana muzium ini satu-satunya muzium yang ada di negeri Perlis,” katanya.

Titah Baginda, tambahan pula Muzium Kota Kayang merupakan cerminan sejarah, budaya dan warisan bagi negeri Perlis.

Sementara itu Azman berharap dengan sikap profesionalisme para kurator dan warga muzium dapat memacu bidang permuziuman.

“Sekaligus ia akan mampu mengangkat martabat muzium sebagai organisasi permuziuman yang relevan dan kekal lama bertahan,” katanya.

Jelasnya ia termasuk berani menongkah arus kepesatan teknologi dan pembangunan negara sejajar dengan Matlamat Dalam Pembangunan Mampan 2030.

Katanya, penganjuran Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang adalah penutup kepada semua siri program Citra Nusa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melakukan simbolik sempena pelancaran Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang di Jalan Kuala Perlis, Kangar sambil disaksikan Azman.

“Sebelum ini program Citra Nuaa telah diadakan di Muzium Borneo Cultures (Sarawak), Muzium Negara (Kuala Lumpur) dan Muzium Matang (Perak),” katanya.

Tambahnya, sehingga kini Program Citra Nusa @ Muzium telah berjaya merekodkan hampir 300,000 pengunjung. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button