Belang Bertempat

ROS dan UMNO: Seorang lagi pemimpin UMNO bodoh sombong

HARI ini seorang lagi pimpinan UMNO tunjuk keangkuhan (baca: bodoh sombong) apabila tiba-tiba memberi ugutan dan amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Razlan AJK Pusat pusat kecam Kementerian Dalam Negeri (KDN), kementerian yang menyelia Pendaftar Pertubuhan kerana kononnya Pendaftar Pertubuhan langgar “dateline” yang ditetapkan Perdana Menteri (PM).

Tak tahulah Razlan (Datuk Mohd Razlan Rafii  )ni bangang tak faham baca penuh kenyataan PM atau sengaja nak tunjuk hebat bodoh sombong.

Hakikatnya mana ada PM tetapkan “dateline” kepada ROS dan campur tangan dalam isu ROS-UMNO.

 ROS TIDAK INGKAR ARAHAN PM

Pentadbiran PM-DSIS ialah sebuah pemerintahan yang meletakkan pecahan kuasa pada tempatnya. Sebuah gambaran bahawa integriti di junjung tinggi.

Itu ialah kontrak sosial yang termaktub di bawah perlembagaan negara ini. Badan Eksekutif (Pentadbiran) – Badan Legislatif (Perundangan) -Badan Judisiari (Kehakiman).

Razlan menuduh bahawa KDN membakul sampahkan arahan PM-DSIS. Ia adalah suatu kenyataan berbentuk fitnah dan jelas dangkal.

Setiap menteri mempunyai bidang kuasanya sendiri. Demikian juga dengan Perdana Menteri.

Lagi pula, PM-DSIS tidak mengarahkan namun agar keputusan ROS keluar pada 16 Julai lepas.

PM mengatakan, “belum dapat lagi, dia (keputusan ROS) dalam masa 60 hari, kalau tak silap saya sehingga 16 Julai. Jadi sebelum tu masih menunggu lagi lah.”

Manakah ayat tersebut yang berbentuk arahan?

Razlan adalah antara segelintir UMNO yang masih angkuh tak tentu hala rasa undang undang ditangan mereka.

Satu lagi kenyataan Razlan hanya menunjukkan kebodohan apabila dia menyatakan ROS bawah KDN yang menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin konon salahguna kuasa bila bukan saja UMNO pun bermasalah malah Pejuang dan MUDA juga terpaksa guna mahkamah untuk kelulusan.

Untuk pengetahuan Razlan, sebelum ini Parti Sosialis Malaysia pernah lawan untuk dapat pendaftaran hingga 10 tahun dan hanya dapat pendaftaran melalui proses mahkamah.

Bertenang…Keputusan ROS pada kali ini akan mencorakkan terus secara langsung lanskap politik negara ini.

Maka adalah wajar pihak ROS sangat teliti sebelum mengeluarkan sebarang keputusan. Lagi pula, ROS telah meminta beberapa dokumen tambahan seperti di maklumkan oleh Ahmad Maslan.

Ini jelas menunjukkan ketelitian ROS berada di tahap tertinggi.

Lagi pula, krisis ini berlaku adalah kerana kelemahan SUA UMNO itu sendiri yakni Ahmad Maslan, beliau tidak cekap dalam mengelola urusan dasar dan pentadbiran UMNO itu sendiri.

Maka, kini UMNO itu sendiri berdepan dengan indikasi pentadbiran nahtijah caca merbanya pengurusan oleh para “care taker” jawatan.

Beberapa hari lepas Ketua Pemuda UMNO telah tunjukkan bodoh sombong dengan tiba tiba ugut ROS dengan tiba tiba menjerit PM lebih tinggi dari KDN. – Che’GuBard Original – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button