Nasional

RON97 naik lima sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 naik lima sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Mac.

Harga baharu ntuk RON97 kini RM2.40 seliter, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter walaupun harga pasarankedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kementerian itu lagi.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button