Roket China seberat 31 tan dijangka terhempas ke Bumi
Roket Long March 5B yang dilancarkan oleh negara China dijangka terhempas ke Bumi hujung minggu ini.
Long March 5B yang dilancarkan pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi.
Bagaimanapun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.
Seorang ahli astronomi memberitahu roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.
Mereka melahirkan kebimbangan bahawa serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit.
Roket itu kini bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat dan berdasarkan pengalaman lalu ia menjadi petanda yang tidak baik
“Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.
“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.
Roket terbabit dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.
Sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul untuk membina stesen angkasa lepas Tiangong yang disasarkan siap tahun depan.-Agensi