Ekonomi

RM5.0 bilion akan diterbitkan program Structured Covered Sukuk oleh CBP

CO-OPBANK Pertama  (CBP) akan menerbitkan program Structured Covered Sukuk bernilai RM5.0 bilion sebagai salah satu usahanya untuk mempelbagaikan sumber pendanaan CBP bagi tujuan pembiayaan asetnya dan menyokong operasi keseluruhan CBP.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata salah satu strategi CBP untuk memastikan kos kewangan yang stabil dan konsisten adalah dengan menerbitkan Sukuk.

“Penerbitan Sukuk masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)”.

Baru-baru ini, CBP juga telah menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) yang mana secara tidak langsung dapat meyakinkan pelabur berpotensi terhadap kekuatan profil CBP dan seterusnya membuka peluang kepada CBP mendapatkan Issuance Rating yang baik dari RAM Rating untuk proses penerbitan Sukuk ini.

Khairil Anuar menyentuh berkenaan dengan pencapaian kewangan CBP tahun 2024 iaitu sehingga Julai 2024, 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP adalah daripada pelaburan Sukuk.

Pada 2022, pelaburan Sukuk telah menyumbang sebanyak lapan peratus, manakala pada 2023 ia telah meningkat kepada 10 peratus dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion pada tahun tersebut.

CBP mengambil manfaat atas keupayaan instrumen Sukuk iaitu telah menjadikan portfolio Sukuk yang aktif sebagai aset pelaburan CBP dan Sukuk akan dijadikan salah satu sumber pendanaan untuk pengembangan aset perniagaan CBP.

Selain itu, Khairil Anuar turut memaklumkan kadar dividen bagi syer biasa sebanyak 6.5 peratus dan syer keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 seperti yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang lepas.

Dalam mempromosikan CBP kepada masyarakat, Khairil Anuar berkata pihaknya turut mengadakan kempen tahunan ‘Hello CBP’ yang sedang berjalan sehingga 31 Disember 2024 yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta.

Artikle Berkaitan :>

CBP kenalkan semula kelab Mystar untuk kanak-kanak menyimpan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button