EkonomiNasionalpilihanUncategorized

RM12.12 dana pinjaman untuk PKS diluluskan, beri manfaat kepada 25,680 peniaga

SEBANYAK 25,680 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima selepas RM12.12 billion diluluskan permohonan dana pinjaman mudah oleh bank-bank tempatan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu termasuk dana Special Relief Facility (SRF), Automation & Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES) dan Agrofood Facility (AF).

“Walaupun dana SRF sudah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.

“PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME di pautan https://imsme.com.my/portal/bm/ yang boleh membantu dalam membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS,” katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Beliau berkata demikian dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula melalui program latihan kemahiran dan keusahawanan khusus untuk pesara tentera.

“Ia merupakan inisiatif Kerajaan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi menambah baik status sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana veteran tersebut akan dilatih untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dimiliki bagi sektor pekerjaan dan keusahawanan yang mereka ceburi.

“Veteran ATM yang layak memohon ialah veteran yang telah menjalani Latihan Peralihan antara tahun 2015 hingga 2021,” katanya.

Tambahnya, program latihan kemahiran dan keusahawanan PERHEBAT dijangka akan memanfaatkan 12,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM (PRUV-ATM). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button