Nasional
RM10 bilion disalurkan kepada projek sosial dan mesra alam
MALAYSIA komited dalam memenuhi obligasinya sebagai penandatangan Perjanjian PARIS.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan berjaya menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia menerusi terbitan berjumlah 800 juta dollar Amerika, pada April lalu.
“Sukuk telah dilanggan melebihi 5.6 kali yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negara,” katanya
Tengku Zafrul berkata bagi tahun 2022, kerajaan akan menerbit Sukuk Kelestarian dalam Ringgit Malaysia sehingga RM10 bilion untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak. -SM