Hiburan

Rita Rudaini kecewa digugurkan ‘job’ kerana SOP MKN

PELAKON, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa selepas namanya digugurkan daripada tawaran lakonan kerana  Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rita juga mempersoalkan mengapa perlu dikenakan ujian swab COVID-19 sekiranya indvidu tersebut telah divaksin.

“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm hanya kerana ‘SOP MKN’. SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama je dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni..

“Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja..Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vacc pun boleh jadi pembawa…Apa bezanya?” katanya.

Dalam pada itu, Rita juga memberitahu ada pihak yang telah menawarkan dirinya ‘vaksin tipu’ bagi memudahkannya untuk bekerja.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia telah menolak tawaran berkenaan kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan tidak mahu tipu diri sendiri dan puaskan SOP kerajaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button