Ekonomi

Ringgit jatuh 205 mata asas berbanding Dolar AS

Kesan setelah Fed mengisyaratkan kadar faedah yang lebih tinggi pada tahun 2023

Nilai Ringgit jatuh berbanding Dolar AS pada sesi pembukaan hari ini ketika Dolar AS melonjak setelah Rizab Persekutuan AS (Fed) mengisyaratkan kenaikan suku bunga pada tahun 2023.

Pada jam 9 pagi, Ringgit jatuh ke 4.1360 berbanding dolar AS, turun 0.5% atau 205 mata asas (bps) dari 4.1155 pada penutupan semalam.

Kesan berita kenaikan kadar Fed menyebabkan aliran keluar modal dari pasaran baru muncul, termasuk mata wang Malaysia menyusut berbanding Dolar AS.

Walau bagaimanapun pada pembukaan, Ringgit masih mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia naik berbanding Pound kepada 5.7801 dari 5.8090 pada penutupan semalam, dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.9582 dari 4.9896 semalam.

Related Articles

Ringgit naik berbanding Dolar Singapura pada 3.0953  berbanding 3.1032, dan meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.7342 daripada 3.7431. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button