Ringgit dibuka sedikit lebih rendah berbanding Dolar AS hari ini
Ringgit dibuka sedikit lebih rendah berbanding dolar AS hari ini kerana para pelabur menggunakan pendekatan tunggu dan lihat rentetan penguatkuasaan semula perintah kawalan pergerakan di 6 daerah Selangor yang bermula pada hari ini hingga 17 Mei serta yang terkini pengumuman perintah untuk menguatkuasakan PKP di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Terengganu, Johor dan Perak dari 7 hingga 20 Mei.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.1170 / 1220 berbanding Dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.1150 / 1200.
Berbanding Dolar Singapura pula, Ringgit jatuh ke 3.0816 / 0856 dari 3.0799 / 0848, dan turun berbanding Yen kepada 3.7646 / 7702 dari 3.7628 / 7677 pada penutupan semalam.
Manakala, berbanding Pound Britain, Ringgit merosot ke 5.7226 / 7300 dari 5.7174 / 7256, dan turun berbanding euro kepada 4.9396 / 9468 dari 4.9392 / 9461.
Dalam perkembangan lain, para pelabur diramalkan akan memberi fokus kepada keputusan mengenai kadar dasar semalaman yang bakal diputuskan dalam mesyuarat dasar monetari ketiganya hari ini, serta penilaian terbaru mengenai ekonomi domestik oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Para pelabur juga mungkin mengambil sikap lebih berhati-hati dalan mejalankan sebarang transaksi dengan harapan PKP kali ini dapat melandaikan lengkung penularan kes jangkitan Covid-19 sebelum merancakkan semula aktiviti jual beli unit pasaran saham tempatan.