Rencah Hidup

Rezeki Grab Rider! MySetiawanga beri petrol percuma

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) MySetiawangsa menganjurkan pemberian petrol percuma Petron kepada lebih 500 penunggang p-hailing dan barisan hadapan (frontliner) bermotosikal.

Inisiatif Petrol Percuma kali keempat ini anjuran bersama rakan strategik PETRON, PERKESO, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program ini penting bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik khususnya kepada penunggang p-hailing dan frontliner.

Presiden Mysetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, program petrol percuma ini sudah dilaksanakan kali pertama pada 2019 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun kami berharap siri kelima pemberian petrol percuma sebelum menjelangnya Aidilfitri.

“Terima kasih kepada rakan strategik seperti PETRON yang turut menyediakan pek makanan percuma kepada penunggang-penunggang motosikal yang mendapat petrol percuma hari ni.

“Kami memahami keluh kesah rakyat dan inisiatif ini adalah bukti kami sentiasa usaha untuk bersama rakyat memulihkan ekonomi masing-masing,” katanya.

Wakil PERKESO mengalu-alukan penunggang-penunggang p-hailing agar mendapat perlindungan daripada PERKESO yang sehingga kini, baru 50,000 yang daftar.

Penampilan istimewa pada program kali ini adalah Putri Sarah Liyana yang bersama-sama membantu memeriahkan Program Petrol Percuma 4.0.

Mohd Irwan yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa berkata, pemberian petrol ini bukan sahaja untuk motosikal 250 cc tetapi juga lebih dari itu bagi motosikal frontliner. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button