Polis memohon lanjutan tempoh reman ke atas pelajar tingkatan dua yang dipercayai mencekik hingga mati adiknya berusia sembilan tahun selama tujuh hari lagi sehingga 19 Julai ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.
Lanjutan tahanan reman dimohon oleh polis bagi melengkapkan siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah arab berasrama di Alor Gajah itu dibawa ke mahkamah menaiki van polis berpakaian lokap.
Rabu lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik sehingga mati oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Kejadian tersebut disaksikan sendiri ibunya yang ketika itu sedang bekerja menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya dilihat menerusi telefon bimbitnya sebelum menghubungi jirannya untuk membantu melihat anaknya di rumah.
Bagaimanapun usaha jiran berjaya menepis tangan suspek mendapati adiknya sudah meninggal dunia. – SM