NasionalNegeri

Remaja Filipina elak ditangkap polis ditemukan lemas terjun laut

SORANG remaja warga Filipina lemas selepas terjun ke laut dipercayai mengelak diperiksa polis dalam kejadian di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan.

Dalam kejadian semalam, remaja berusia 18 tahun itu ditemukan rakan sekerjanya tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya dimaklumkan melalui aplikasi sistem pesanan ringkas, WhatsApp bahawa mangsa ditemukan terapung pada pukul 8.48 malam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat remaja berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.48 malam,” katanya.

Operasi SAR dijalankan bomba, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). – SUMBER ASTRO AWANI – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button