Rasa seperti dijemput Izrail
WALAUPUN hanya sekadar lakonan, pelakon, Adam Corrie mengakui pengalaman dikafankan adalah sesuatu yang sangat menginsafkan.
Pengalaman itu dikongsikan Adam menerusi akaun Instagramnya dan selain menginsafkan, ia juga adalah sesuatu yang mengerikan.
Adam turut berkongsi beberapa gammbarnya dikafankan ketika menjalani penggambaran drama tanah kubur pada tahun 2013 yang lalu.
“Rasa seperti malaikat menjemput pulang ke tempat asal kekal abadi,” katanya.
Adam berkata lagi, ‘pakaian’ terakhir itu cukup memberi kesan mendalam padanya apatah lagi jasad ini hanyalah pinjaman daripada Allah dan dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja.
BACA> Tiz Zaqyah panik, akaun IG nyaris digodam
“Pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Itupun dah terasa seperti malaikat maut dapat menjemput pulang ke kampung kekal abadi. Pakaian terakhir ini memang memberi kesan yang mendalam.
“Jasad kita hanyalah pinjaman dari Allah. Tiada yang kekal abadi. Dunia hanya tempat persinggahan,” tulisnya.
Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee kini berumur 2 tahun setelah 10 tahun menanti.
BACA> Mia Ahmad tak mahu sesiapa lawat bayinya
Adam sebelum ini sangat dikenali dengan wataknya sebagai seorang samseng dengan wajah bangsa Cina yang sangat garang.
Namun, Adam kemudian telah beralih fasa daripada dunia lakonan kepada arah pengacaraan dan drama-drama berunsurkan agama Islam. -SM