Nasional

‘Rampasan Kuasa Diraja” dalam Lidah Pengarang The Guardian mengelirukan – Istana Negara

KUALA LUMPUR, 8 Mac  — Istana Negara menegaskan artikel dalam ruangan lidah pengarang bertajuk,“The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election” diterbitkan pada 3 Mac oleh akhbar harian Britain, The Guardian adalah mengelirukan.

Datuk  Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata pertama sekali Istana Negara ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di Malaysia dan luar negara yang telah memberikan respons segera terhadap artikel itu.

Beliau berkata sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi yang diberikan oleh semua  rakyat Malaysia akan mendorong Istana Negara untuk bekerja lebih keras dalam menjalankan tanggungjawabnya, selaras dengan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, saya terkejut dengan ketidaktepatan dan nada mengelirukan artikel dalam ruangan lidah pengarang oleh syarikat media terkemuka berpangkalan di UK ini, khususnya atas hakikat bahawa perkara pokok, Demokrasi Berparlimen Malaysia adalah berdasarkan sistem Westminster.

“Lidah pengarang ini telah memaparkan laporan yang mengelirukan tentang proses pelantikan Perdana Menteri baharu oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button