Politik

Ramasamy tak akan tunduk kepada fanatik agama, kaum

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada fanatik agama dan kaum.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengenai segelintir pemimpin dalam DAP yang bersikap melampau dalam tuntutan mereka termasuk Ramasamy.

Ramasamy yang merupakan pemimpin DAP berkata, apa yang pasti dia tidak akan tunduk kepada mana-mana fanatik agama dan kaum dalam mana-mana parti politik.

“Akhirnya, satu perkara yang saya pasti, saya tidak akan pernah tunduk atau tunduk kepada perkauman dan fanatik agama sama ada mereka dalam Umno, Bersatu atau PAS atau parti politik lain,” katanya.

Sementara itu Ramasamy berkata, menjadi satu penghormatan besar apabila Dr. Mahathir mengelarkan dirinya sebagai pelampau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu berkata, beliau berasa mendapat satu kehormatan yang besar apabila Dr. Mahathir menggelarnya sebagai pelampau.

“Mahathir memanggil saya sebagai pelampau menunjukkan bahawa saya melakukan perkara yang betul

“Adalah suatu kehormatan besar bahawa saya digelar ekstremis dalam DAP oleh bekas perdana menteri sebanyak dua kali Mahathir Mohammed,” katanya.

Dalam kenyataan yang ditulis di media sosialnya, Ramasamy menyindir Dr. Mahathir kerana tidak berani memberi fakta mengapa beliau mengelar Ramasamy sebagai pelampau.

Ramasamy mendakwa bagi bagi pemimpin UMNO seperti Dr. Mahathir, pemimpin DAP Cina atau India harus bersikap sopan seperti pemimpin dalam MCA, MIC atau Gerakan.

“Sekiranya seorang perkauman fanatik seperti Mahathir dapat bersikap rendah untuk memanggil saya dan orang lain sebagai pelampau, itu benar-benar mencerminkan dirinya dan apa yang sebenarnya dia bayangkan untuk masa depan negara ini.

“Seperti yang telah saya katakan sebelumnya, adalah suatu kehormatan dan keistimewaan bagi saya untuk dilabel sebagai pelampau.

“Ini hanya untuk menunjukkan bahawa saya tidak akan tunduk kepada perkauman dan fanatik agama yang berniat untuk mencabut hak asasi manusia rakyat Malaysia,” tegasnya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button