Ramai tak tahu di Malakat Mall ada Pasar Raya dan harga yang berpatutan
Walaupun Malakat Mall kelihatan lengang dah kurang kunjungi dari orang ramai namun pusat membeli belah yang terletak di Cyberjaya itu mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Operasi pusat membeli belah ini bermula pada tahun 2020, empat hari sebelum perintah kawalan pergerakan semasa Covid-19 berlaku di seluruh dunia.
Malakat Mall juga pernah lalui fasa turun naik semasa berlakunya Covid-19 namun kini mula memperlihatkan sinar apabila ramai pengunjung lebih memilih membeli barang di pasaraya tingkat bawah.
Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan, Adzahar Mohd Noor, pusat membeli belah ini ditubuhkan untuk membantu para usahawan mengembangkan lagi produk mereka ke pasar raya dan pusat beli belah.
“Kebanyakan peniaga yang membuka kedai di sini mereka tidak sewa tetapi lebih kepada berkongsi keuntungan kepada Malakat Eco Group Sdn Bhd.
“Malah terdapat pasar raya yang menjual barang basah segar dan kering sudah semestinya 100% halal selain itu kami ada Food Dining Hall.
“Kerana itu harga kami di sini sangat berpatutan dan masalah kami orang ramai tidak tahu, kami juga terima segala komen positif untuk meningkatkan kesedaran dari pihak kami.” Katanya.
Selain itu Malakat Eco Group juga sudah menandatangani bersama TikTok HQ dari China yang akan membuka studio jualan dan juga latihan.
“Jadi usahawan yang dengan Malakat Mall akan dapat harga yang paling murah untuk dapatkan khidmat latihan dari TikTok.
Dalam masa yang sama Malakat Mall akan menyediakan tempat bagi para selebriti yang ingin meniaga di pusat membeli belah tersebut.
Tujuan untuk menyatukan hasil produk usahawan di kalangan selebriti selain bertujuan mempromosikan tempat tersebut.
Secara tidak langsung memudahkan peminat atau pembeli untuk datang dan terus membeli produk yang dijual.
Artikle Berkaitan :>
Malakat Mall peluang usahawan bumiputera kembangkan perniagaan