
Hiburan
Ramai Doakan Jodoh Syed Saddiq dan Bella Astillah – ‘’Kami Serahkan Pada Takdir”
HUBUNGAN antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan selebriti terkenal, Bella Astillah kembali menjadi perhatian selepas kedua-duanya kerap kali dilihat bersama dalam pelbagai acara — termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ketika Bella berangkat ke Tanah Suci.
Memetik laporan Sinar Harian, Saddiq ketika ditanya mengenai hala tuju hubungan mereka secara terbuka meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan Bella.
“Saya serahkan kepada masa dan takdir. Doakan kami. Saya juga sedang menunggu keputusan mahkamah pada 17 April ini,” katanya ringkas namun penuh makna.