Politik

Yakin rakyat masih bersama, PH perlu tunai manifesto sebelum PRU-15

Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin rakyat masih bersama Pakatan Harapan (PH) dan PH perlu menunaikan manifesto sebelum Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15), kata Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Taha.

Haniza berkata PH perlu mendepani cabaran dengan penuh iltizam dan kepercayaan dalam kepimpinan demi terus mendapat sokongan rakyat.

“Wanita kekal setia di sisi kepimpinan parti dan akan terus memberi sokongan padu kepada parti sebagai sebuah sayap yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi serta reformasi,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Tahunan Wanita PKR 2019 di Melaka pagi ini. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button