Nasional

Rakyat Malaysia pulang dari luar negara pakai gelang kuarantin di rumah

BERMULA 10 Jun ini rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin. Sebaliknya sejurus tiba di lapangan terbang mereka akan menjalani ujian swab.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mereka yang didapati positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan. Manakala mereka yang negatif perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Ismail Sabri berkata, mereka diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan akan dipantau melalui aplikasi ini. Mereka juga diwajibkan memakai gelang tangan kuarantin bagi memudahkan proses identifikasi.

“Kerajaan mengambil keputusan ini setelah mengambil kira kadar jangkitan COVID-19 di negara-negara lain yang sudah terkawal dengan lengkung jangkitan yang melandai dan menurun.

“Kerajaan juga telah berjaya meningkatkan keupayaan untuk membuat ujian saringan COVID-19 di pintu-pintu masuk antarabangsa,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Langkah itu juga diambil kerana kerajaan juga telah berjaya meningkatkan keupayaan untuk membuat ujian saringan COVID-19 di pintu-pintu masuk antarabangsa.

Kepatuhan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing juga dapat dipantau oleh pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.

Ismail Sabri menegaskan mana-mana individu yang mengingkari arahan kuarantin wajib dan SOP yang ditetapkan akan dikompaun RM 1,000 dan dihadapkan ke mahkamah.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button